TERMA & SYARAT – REAL BARBER ACADEMY
A) Peserta dibenarkan memindahkan tempat kepada individu lain dengan memaklumkan kepada pihak Khidmat Pelanggan Real Barber Academy sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh kelas bermula.
B) Tiket/penyertaan tidak boleh dipindahkan ke tarikh kelas yang lain. Tiket hanya sah pada tarikh yang dipilih semasa pendaftaran.
C) Semua pembayaran yang telah dibuat adalah muktamad dan tidak akan dipulangkan dalam apa jua keadaan.
D) Real Barber Academy tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian jika peserta membeli tiket/kursus daripada pihak ketiga selain daripada platform rasmi kami.
E) Segala bahan pengajaran, rakaman video, slide, modul, serta kandungan kursus adalah hak milik eksklusif Real Barber Academy.
F) Harga promo dan bonus yang diterima adalah mengikut tawaran semasa dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis.